Khazanah Nasional kini melakukan pelaburan pada restoran makanan segera di India, iaitu Wow! Momo. Sebanyak RM197 juta telah dilaburkan pada syarikat berkenaan dalam mendapatkan pegangan sebanyak 15%.
Dana yang diterima ini dijangka akan digunakan oleh Wow! Momo untuk terus memperluaskan penawaran restoran makanan segera mereka di seluruh India. Pada masa yang sama, suntikan pelaburan ini membolehkan pelabur sedia ada mendapatkan pulangan pada pelaburan mereka.
Wow! Momo buat masa ini mempunyai sekitar 630 cawangan di India, dan beroperasi di 35 bandar. Wow! Momo mempunyai beberapa jenama dibawah mereka, termasuk Wow! Chicken dan juga Wow! China.
Untuk makluman, Khazanah mempunyai beberapa pelaburan di India, termasuk salah satunya pada Flipkart.