Artikel

Bursa Malaysia Perkenal Aplikasi Khusus Untuk Pelaburan Emas Patuh Syariah

Bursa Malaysia hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan Bursa Gold Dinar – iaitu sebuah platform jual-beli emas patuh syariah. Sebuah aplikasi mudah-alih disediakan dalam usaha memudahkan para pengguna dan orang ramai untuk melabur dalam emas fizikal pada bila-bila masa.

Melalui Bursa Gold Dinar, ia boleh didagangkan sehingga 11.50 malam setiap hari, dengan pengguna boleh berdagang pada harga bermula RM10.

Menggunakan aplikasi sama juga, pengguna boleh melakukan penghantaran kepada ahli keluarga, disamping turut boleh melakukan penebusan setiap 4.25 gram dalam bentuk syiling fizikal.

Buat masa ini, aplikasi Bursa Gold Dinar tersedia untuk pengguna iPhone, sementara aplikasi Android bakal menyusul tiba.