Artikel

Cult Creative Menerima Suntikan Dana Pelaburan Sebanyak RM500,000

Cult Creative merupakan salah satu laman yang pada awalnya dimulakan sebagai penghubung pekerja. Namun, dengan pelbagai evolusi, kini Cult Creative memfokuskan kepada “ekonomi pencipta”.

Melalui platform yang dikemaskini, ia kini menghubungkan pelbagai jenama kepada sejumlah pempengaruh melalui platform mereka. Namun, Cult Creative menggunakan konsep berbentuk bayaran pakej yang memudahkan penawaran kepada jenama dalam melakukan belanja pemasaran mereka.

Menggunakan platform Cult Creative juga, ia memudahkan proses rencah yang selalunya mengambil masa lama melibatkan perbincangan kontrak, pembayaran, penghantaran tugasan dan sebagainya.

Terbaru, Cult Creative menerima suntikan dana sebanyak RM500,000 daripada The Hive Southeast Asia – dan akan menggunakan dana berkenaan dalam terus menghubungkan pempengaruh kepada jenama.