Pada hari ini, kita sedia melihat sejumlah bilionwan di dunia yang mempunyai kekayaan ratusan bilion, dan menerajui industri seperti peruncitan dan teknologi. Terbaru, mengikut laporan Oxfam International, mereka menyasarkan yang mana dunia akan melihat manusia trilionwan pertama dalam tempoh sekitar sedekad lagi.
Ini sekaligus bermaksud kita mungkin melihta trilionwan pertama di dunia menjelang 2034 kelak.
Oxfam sering hadir dengan laporan yang memperlihatkan jurang kekayaan, serta masalah kemiskininan. Mereka turut menekankan yang mana lima manusia terkaya dunia telah meningkatkan kekayaan 114% sejak 2020 – sementara sebahagian besar dunia terjejas dengan ekonomi pasca-pandemik.
Pada masa yang sama, ia dilihat hampir 5 bilion manusia yang menjadi lebih miskin atau kehilangan simpanan sejak dari pandemik – dengan sejumlah besar penduduk di negara membangun terkesan.
Ia turut ditekankan yang mana terdapat kemungkinan manusia trilionwan pertama berkenaan mungkin sesiapa sahaja, dan mungkin juga seseorang yang tidak tersenarai dalam senarai manusia terkaya dunia pada hari ini.