Artikel

PM Anwar Menyasarkan 1 Juta Rakyat Malaysia Ikuti Kursus Kefahaman Asas AI

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan sebuah inisiatif baharu dinamakan AI Untuk Rakyat. Melaluinya, ia menyediakan sebuah laman sehenti yang menawarkan kursus pembelajaran asas kecerdasan buatan kepada semua yang berminat.

Kursus berkenaan ditawarkan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan juga bahasa Tamil. Pengguna boleh lakukan pendaftaran percuma, dan seterusnya mengikuti kursus kefahaman asas kecerdasan buatan melaluinya secara percuma.

Perdana Menteri menyasarkan sekitar 1 juta rakyat mengikuti kursus berkenaan, dan memahami lebih lanjut berkenaan dengan kecerdasan buatan yang dijangka memberikan impak tinggi ke ekonomi. Selari dengannya juga, pelbagai universiti digalakkan untuk memastikan semua pelajar ikuti kursus empat jam program kefahaman asas kecerdasan buatan ini.

Semua yang berminat, boleh memulakan pembelajaran asas kecerdasan buatan ini melalui laman sehenti AI.gov.my hari ini.