Melalui dagangan saham semasa, kini nilai syarikat Microsoft mengatasi nilai syarikat Apple, sekaligus menjadikan Microsoft sebagai syarikat paling bernilai tinggi di dunia.
Pada nilai semasa, Microsoft bernilai $2.89 trilion, sementara Apple pula bernilai $2.87 trilion.
Microsoft mencatatkan peningkatan harga saham selari dengan pelaburan mereka dalam arena kecerdasan buatan. Mereka sedia melabur pada OpenAI, disamping turut mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan pada pelbagai produk mereka.
Pada minggu lepas juga, Microsoft mengumumkan pengenalan kekunci baharu “Copilot” pada komputer yang akan keluar tahun ini, sekaligus memperlihatkan fokus berterusan dalam arena kecerdasan buatan.
Pihak Apple masih ketinggalan dalam arena berkenaan, tetapi mempunyai kadar pengguna yang tinggi yang menggunakan peranti mereka di seluruh dunia.