Artikel

GX Bank Kemaskini Penawaran Ganjaran Pendaftaran – Kini Tawar Pulangan RM8 Apabila Tambah RM88 Ke Akaun

GX Bank, iaitu bank digital yang telah memulakan operasi pada penghujung tahun lepas, telah turut menawarkan ganjaran tambahn untuk para pengguna mendaftar dan menggunakan perkhidmatan mereka. Ketika pengenalan, GX Bank menawarkan RM20 sebagai bonus apabila tambah-nilai sebanyak RM100 ke akaun.

Apa pun, kini, penawaran ganjaran berkenaan dikemaskini. GX Bank kini menawarkan pulangan Rm8 apabila pengguna melakukan tambah-nilai RM88 pada akaun mereka. GX Bank menyatakan penawaran ini adalah sehingga 29 Februari 2024 kelak.

Disamping itu, ganjaran berbentuk pulangan tunai kepada langganan GrabUnlimited menggunakan akaun GX Bank masih dikekalkan buat masa ini.

Untuk makluman juga, GX Bank merupakan bank digital berbentuk konvensional, dan tidak patuh syariah buat masa ini.