Artikel

Istana Budaya Ditutup Selama 2 Tahun – Untuk Kerja Selenggara Dan Penambahbaikan

Bangunan Istana Budaya kini diumumkan akan ditutup selama 2 tahun, dan dibuka kembali pada 5 Januari 2026 bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak.

Tujuan ia ditutup adalah untuk kerja-kerja selenggara dan penambah-baikan. Fokus juga turut akan diberikan dalam menaik-taraf struktur bangunan Istana Budaya tersebut.

Untuk makluman, Istana Budaya sedia menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur, dan menjadi tumpuan ramai untuk pelbgai aktiviti seni terutamanya pementasan bertaraf antarabangsa.