Artikel

MuftiWP : Pekerja Di Bank Konvensional Perlu Berusaha Sebaik Mungkin Untuk Cari Pekerjaan Halal Lain

Mufti Wilayah Persekutuan kini menjawab salah satu persoalan yang ditanya, berkaitan dengan hukum bekerja di bank konvensional. Menjawab mengenainya, ia diterangkan yang mana bank konvensional adalah melibatkan muamalat riba. Oleh itu, mereka yang sudah melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional diminta perlu berusaha sebaik mungkin dalam mencari pekerjaan halal yang lain.

Pada masa yang sama, terdapat dua kategori untuk mereka yang bekerja di bank konvensional – iaitu mereka yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba yang mana hukumnya haram – termasuk melibatkan jawatan seperti pegawai pemasaran, penganalisis kredit, pegawai akaun, bahagian admin kredit, bekerja di kaunter, dan sebagainya.

Sementara kategori pekerja kedua yang tidak terkait dengan transaksi riba yang harus adalah seperti pegawai keselamatan, tukang bersih dan sebagainya.

Mufti WP menasihatkan untuk mereka yang terlibat dalam dunia pekerjaan di bank konvensional untuk berusaha sebaik mungkin mencari pekerjaan halal yang lain. Anda boleh lanjut berkenaan penerangan ini di laman rasmi MuftiWP.