Menteri Ekonomi kini berkongsi mengatakan pendaftaran untuk Pangkalan Data Utama (PADU) telah pun melangkaui angka 1 juta pengguna setakat hari Selasa, 9 Januari 2024 ini.
Sebelum ini, sistem PADU telah diperkenalkan pada awal tahun 2024 yang membolehkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk melakukan pendaftaran dan mengemaskini maklumat diri padanya – sekaligus akan membantu kerajaan dalam melaksanakan sejumlah inisiatif termasuk penyasaran subsidi.
Pihak kerajaan telah pun melakukan proses hebahan PADU melalui sejumlah kaedah, termasuk melalui program Info On Wheel. Bergerak kehadapan, orang ramai turut diminta berdaftar sekiranya masih belum lagi – disamping turut membantu keluarga, jiran yang kurang mahir digital untuk mendaftar.
Seluruh jentera kerajaan turun membantu untuk memastikan kita meminimumkan risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar melalui pendaftaran #PADU
Saya mohon kerjasama dan bantuan rakyat dalam beberapa perkara:
1) bagi yang belum mendaftar, mohon mendaftar di… https://t.co/zYbX1N3al7
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 9, 2024