Capital A hari ini mengumumkan akan menjual perniagaan penerbangan mereka kepada AirAsia X Berhad, sekaligus akan menyaksikan pelbagai perniagaan melibatkan penerbangan akan diuruskan oleh syarikat tersebut.
Dibawah perubahan ini, AirAsia X akan disatukan bersama AirAsia Berhad dan juga AirAsia Aviation Group Ltd yang meliputi perniagaan AirAsia di Indonesia, Thailand, Filipina dan Kemboja.
Pengumuman lanjut termasuk nilai jualan dan sebagainya dijangka akan diumumkan dalam masa sekitar dua minggu lagi.
Dengan perubahan ini juga, ia dijangka akan membolehkan Capital A distruktur dengan lebih baik, dan mengambil-langkah untuk keluar daripada status PN17.
Capital A selepas ini akan meliputi beberapa perniagaan, termasuk MOVE Digital, dan juga Teleport.