Mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh WTW, syarikat Malaysia dijangka menaikkan gaji keseluruhan sebanyak 5% untuk kakitangan eksekutif, profesional dan sokongan pada tahun 2024 ini.
Sasaran ini adalah sedikit rendah berbanding tahun 2023 yang lepas, dimana ia adalah sekitar 5.6%. Sejumlah perkara memainkan peranan dalam trend meningkatkan gaji, termasuk seperti inflasi, pasaran pekerjaan yang sempit, dan sebagainya.
Disamping gaji, majikan juga dilihat perlu mengimbangi penawaran lain, termasuk bukan kewangan selari keperluan serta kehendak pekerja. Mengikut tinjauan WTW juga, menjelang 2025 kelak, generasi milenium dan Gen Z dijangka akan membentuk lebih 70% tenaga kerja di Malaysia.
Keterjaminan pekerjaan dilihat tidak lagi menjadi tumpuan utama untuk golongan pekerja ini, sebaliknya lebih memfokuskan kepada fleksibiliti seperti pilihan kerja hibrid, dan sebagainya. Malah, terdapat juga pilihan kerja jarak jauh di negara lain yang dilakukan sepenuhnya secara atas-talian – yang turut menjadi pilihan ramai pekerja muda.