Artikel

Negeri Sembilan Laksana Jadual Waktu Bekerja Fleksibel Untuk Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri

Kerajaan Negeri Sembilan kini mengumumkan akan melaksanakan jadual waku bekerja fleksibel untuk semua kakitangan awam negeri berkenaan bermula 15 Januari 2024. Ia dikatakan sebagai salah satu langkah dalam meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam, serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pengenanaln waktu bekerja fleksibel juga dilihat boleh dimanfaatkan untuk mengelakkan masalah kesesakan jalan raya, atau menghantar anak, dan lain-lain. Pada masa yang sama, Menteri Besar Negeri Sembilan turut menekankan agar pengenalan waktu bekerja fleksibel ini tidak disalahguna.

Ia turut dikongsikan yang mana waku bekerja fleksibel ini mungkin ditarik kembali sekiranya terdapat kakitangan yang menyalahgunakan inisiatif ini.