Touch ’n Go eWallet sedia memperkenalkan ciri GoRemit pada Mei 2023 yang lepas, membolehkan pengguna menghantar wang ke lebih 10 buah negara dengan mudah terus melalui dompet digital berkenaan. Kini, memulakan tahun baru 2024, Touch ’n Go eWallet mengumumkan yang mana perkhidmatan tersebut telah diperluaskan dan menyokong lebih 50 buah negara pada hari ini.
Menggunakan GoRemit, kini pengguna boleh menghantar ke sejumlah negara di Eropah, termasuk ke Hong Kong, Jepun dan UK. Sebelum ini, ia sedia menyokong Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Bangladesh, India, Nepal, Pakistan dan juga Sri Lanka.
Dengan adanya ciri ini, ia memudahkan penghantaran wang – terutamanya kepada keluarga yang berada di luar negara, termasuk kepada pelajar yang belajar di luar negara. Sebelum boleh melakukan penghantaran melalui GoRemit, pengguna akan perlu melakukan pengesahan ringkas pada aplikasi.