Artikel

Lazada Dilaporkan Memulakan 2024 Dengan Menghentikan Sejumlah Pekerja

Lazada merupakan salah satu nama besar dalam arena edagang beberapa tahun lepas, tetapi menghadapi cabaran hebat oleh Shopee, dan kini turut menerima saingan daripada TikTok Shop. Dengan pelbagai cabaran dalam mengekalkan posisi sebagai penyedia perkhidmatan edagang, kini Lazada dilaporkan mula mengurangkan tenaga kerja mereka dalam usaha mengurangkan kos operasi.

Beberapa pasaran dilaporkan terkesan, dimana bukan sahaja Singapura, tetapi juga pekerja di Malaysia turut dikurangkan.

Pengurangan pekerja ini hadir selepas Lazada mengumumkan pelaburan tambahan hampir RM3 bilion pada Lazada, bulan Disember 2023 lepas.

Dengan pelbagai perubahan ini, ia tidak diketahui lagi bagaimana Lazada akan mengukuhkan kembali jenama edagang mereka di pasaran Asia Tenggara ini – apatah lagi dengan penyertaan jenama baharu seperti VIPShop dan Temu.