Artikel

99 SpeedMart Memperkenalkan Perkhidmatan Pembelian Borong Secara Atas-Talian

99 SpeedMart merupakan salah satu rangkaian kedai serbaneka yang menjual barangan secara runcit – dan agak popular di Malaysia. Terbaru, 99 SpeedMart juga dilihat mempelbagaikan perkhidmatan mereka untuk turut meliputi jualan borong secara atas-talian.

Dinamakan 99 BulkSales, ia terbuka kepada pembelian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor buat masa ini. Melaluinya, orang ramai boleh melakukan pembelian borong pada harga yang lebih rendah berbanding di 99 SpeedMart. Namun, pembelian minima sebanyak RM500 diperlukan.

Untuk penghantaran pula, sebarang tempahan sebelum 1 petang akan diuruskan pada hari esoknya, dan sebarang tempahan selepas itu akan diuruskan pada hari lusa.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman 99 BulkSales hari ini, dan melakukan penjimatan apabila membeli secara borong.