Artikel

Focus Point Ingin Mempelbagaikan Pendapatan – Melalui Segmen Makanan

Focus Point merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi ramai pengguna tempatan. Ia telah beroperasi hampir 34 tahun, dibawah segmen industri kaca mata. Selain penawaran kaca mata, syarikat induknya turut telah menyertai segmen makanan melalui kedai Komugi – yang dipasarkan sebagai “Japanese Bakery”.

Pada hari ini, pecahan pendapatan adalah 80:20 – dengan 80 adalah peratusan daripada perniagaan kaca mata. Namun, dalam tahun-tahun akan datang, pihak Focus Point menyasarkan nisbah berkenaan berubah sehingga kepada 60:40 – dengan 60 adalah peratusan daripada perniagaan kaca mata.

Sebelum ini, Focus Point telah menyertai arena makanan melalui Komugi pada 2012 yang lepas. Pada hari ini, terdapat sejumlah 13 cawangan Komugi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Mungkin kita lebih banyak cawangan dibuka di seluruh negara dalam meningkatkan kadar pendapatan dibawah segmen berkenaan.