Selari dengan peningkatkan caj cukai perkhidmatan daripada 6% ke 8% pada tahun 2024 kelak, ia sekaligus dijangka akan meningkatkan kos untuk beberapa perkhidmatan. Salah satu yang turut dijangka akan meningkat adalah kos servis kenderaan atau kos penyelenggaraan berkala untuk kenderaan.
Dibawah pengecualian yang diberikan, kerajaan hanya menyenaraikan perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik. Perkhidmatan lain tidak dikecualikan dan tertakluk kepada peningkatan kepada 8% cukai perkhidmatan.
Ini sekaligus dijangka akan meningkatkan kadar untuk kos penyelenggaraan kenderaan bermula 1 Mac 2024 kelak. Walaupun tidak memperlihatkan peningkatan tinggi, ia mungkin sedikit sebanyak memberikan impak – dan mungkin memberi sedikit kesan dalam pemilihan kenderaan terpakai untuk dibeli.
Mengikut laporan TheStar, terdapat persatuan yang akan memohon kepada kerajaan untuk mengecualikan peningkatan 2% cukai perkhidmatan berkenaan kepada bengkel kecil dan juga untuk mereka yang memandu kenderaan terpakai. Namun, ia tidak diketahui apakah respon pihak berkuasa terhadap perkara ini.