Artikel

Kerajaan Berikan Tol Percuma Pada 23 Disember Dan 26 Disember 2023 – Sempena Hari Natal

Bersempena dengan cuti hari Natal, kini kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari untuk pengguna semua lebuhraya, iaitu pada 23 Disember 2023 dan juga 26 Disember 2023.

Tol percuma ini diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol, kecuali di plaza tol sempadan negara seperti Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Walaupun diberikan tol percuma, pengguna lebuhraya masih perlu menyentuh kad Touch n Go atau smartTAG atau RFID di plaza tol – tetapi tiada caj akan dikenakan untuk tempoh dua hari berkenaan.

Tol Percuma Krismas