Artikel

MRT, LRT, Monorel Dan Bas Bawah Prasarana Percuma Untuk Pemegang Kad OKU Bermula 1 Februari 2024

Menteri Pengangkutan hari ini mengumumkan semua perkhidmatan pengangkutan awam dibawah Prasarana akan ditawarkan secara percuma kepada semua pemegang kad OKU bermula 1 Februari 2024 kelak.

Dengan langkah ini, pemegang kad OKU boleh menggunakan khidmat MRT, LRT, monorel, dan juga bas bawah Prasarana di Lembah Klang, secara percuma.

Ini merupakan penambah-baikkan berbanding penawaran sedia ada yang menyediakan diskaun 50% untuk pemegang kad OKU untuk menggunakan perkhidmatan awan.