Artikel

ASNB Umumkan Pengagihan Pendapatan ASB Sebanyak 5.25 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini secara rasminya mengumumkan jumlah pengagihan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera.

Pengagihan ini adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Melalui pengagihan berkenaan, ASNB mengatakan ia meliputi pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit, dan juga bonus 1 sen seunit.

Melalui perkongsian pihak ASNB juga, mereka menyatakan memberikan pulangan kewangan yang lebih baik dan kompetitif berbanding simpanan FIxed Deposit lain.