Artikel

Pengasas Kumpulan RHB Dilantik Menjadi Pengerusi Baharu Tabung Haji

Tan Sri Abdul Rashid Hussain hari ini diumumkan sebagai pengerusi baharu Lembaga Tabung Haji, sekaligus menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar yang telah tamat tempoh sebagai pengerusi lembaga berkenaan. Tan Sri Azman sebelum ini telah dilantik pengerusi Lembaga Tabung Haji pada 20 Disember 2021.

Tan Sri Abdul Rashid Hussain merupakan nama yang tidak asing dalam arena korporat. Beliau telah memulakan syarikat broker saham Rashid Hussain Securities Sdn Bhd pada 1983, dan kini kumpulan RHB merupakan antara syarikat perbankan terbesar di Malaysia.

Sebelum ini juga, Tan Sri Abdul Rashid Hussain pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga dan pengerusi jawatankuasa eksekutif di Khazanah Nasional, selain turut pernah berkhidmat sebagai pengerusi Putrajaya Holdings.

Pelantikkan beliau sebagai pengerusi dijangka akan terus memperkukuhkan Tabung Haji, dan meneruskan ia sebagai institusi Islam yang dihormati dan dipercayai ramai.