Artikel

PMX : Dasar Pandang Ke Timur Kini Turut Menyertakan China

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1982 yang lepas, sekaligus menumpukan dan mempelajari pelbagai strategi pemodenan ekonomi dari Jepun dan juga Korea Selatan. Menyentuhnya berkenaan dengannya hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengatakan China turut disertakan apabila “Pandang ke Timur” disebut.

Seperti ramai sedia maklum, kini China antara nama besar dalam ekonomi dunia, termasuk dari segi kemajuan teknologi dan sains. China juga antara yang memfokuskan pada eksplorasi angkasa dan melihat kepada pelbagai kemungkinan ekonomi baharu.

Disamping itu, PMX juga turut menyatakan China kini turut melabur lebih banyak ke Malaysia.

Selain perkongsian Perdana Menteri, turut hadir laporan baru-baru ini menyatakan syarikat China mungkin akan guna khidmat syarikat Malaysia dalam memasang cip semikonduktor.