Artikel

Kerajaan Akan Perkenal Perkhidmatan Van Transit DRT Di Lembah Klang

Menteri Pengangkutan kini berkongsi mengatakan kelak Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan inisiatif perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT – Demand-Responsive Transit) di kawasan sekitar Lembah Klang. Ini adalah sebahagian usaha dalam mempertingkatkan lagi kadar kesalinghubungan pengangkutan awam – sekaligus memudahkan lagi orang ramai dalam menggunakan pengangkutan awam.

Pada hari ini, salah satu masalah yang dihadapi ramai pengguna adalah hubungan antara taman perumahan dan juga pengangkutan awam terdekat. Dengan adanya perkhidmatan van transit ini, ia dijangka akan mengurangkan masalah berkenaan.

Operasi van transit ini kelak dijangka diselia oleh Prasarana Malaysia Berhad. Sebahagian peruntukkan Belanjawan 2024 akan digunakan untuk tujuan ini.

Terdapat beberapa penyedia perkhidmatan van transit pada hari ini. Kementerian menyasarkan pihak Prasarana akan bekerjasama dengan syarikat ini, sekaligus memperluaskan perkhidmatan berkenaan.