Miliki gaji yang tinggi, sememangnya impian setiap pekerja negara namun perlu diakui kesan persaingan semasa pelbagai perkara telah mendorong meningkatkan tekanan kumpulan pekerja. Maka untuk menghindarinya, 42% pekerja di Asia sedari aspek yang lebih utama untuk membantu produktiviti mereka adalah dengan meraih waktu bekerja yang lebih fleksibel.
Data PERSOLKELLY, penyedia penyelesaian sumber manusia di Asia Pasifik ini dapati, faktor tersebut secara langsung meningkatkan tahap kebahagiaan pekerja serantau secara berperingkat. Untuk Malaysia sahaja, sekitar 98% responden akui, keseimbangan waktu bekerja yang lebih baik amat penting untuk kesejahteraan prestasi mereka.
Selain keperluan itu, sebagai perincian 48% responden pekerja Malaysia juga turut berpendapat kebahagian kehidupan mereka mampu pengaruhi kebahagiaan mereka di tempat kerja. Jika aspek ini terjejas maka ia turut memberi impak pada kualiti pekerjaan mereka. Sementara secara menyeluruh data pula turut menunjukkan – 40% pekerja menginginkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan sihat, diikuti 39% pula mengutamakan hubungan baik bersama rakan sekerja mereka.
Faktor sedemikian dilihat menjadikan antara keutamaan pekerja di Asia Pasifik termasuklah Malaysia, selain mementingkan pelarasan gaji yang lebih baik. Melihat pada dinamik ini, kumpulan majikan bersama pentadbiran negara sewajarnya mempertimbangkan aturan masa yang lebih baik buat pekerja negara.
Ini kerana perubahan landskap pekerjaan negara tidak hanya meningkatkan kos semasa tetapi turut meningkatkan daya persaingan kemahiran kalangan pekerja. Maka keperluan keseimbangan harus dititikberatkan bagi me