Artikel

Astro Rugi RM47.05 Juta – Pada Suku Ketiga

Astro Malaysia Holdiing kini alami kerugian apabila mencatatkan nilai rugi bersih berjumlah RM47.05 juta setakat suku ketiga yang berakhir pada Oktober 2023 lalu. Angka ini lebih tinggi berbanding nilai keuntungan bersih RM5.8 juta yang dicapai pada suku yang sama tahun lalu. 

Tidak hanya itu, menurut makluman kepada Bursa Malaysia – pendapatan operasi turut menyusut kepada RM828.55 juta, sedikit rendah berbanding RM885.39 juta perolehan sebelumnya. Persekitaran ini didorong hasil pengurangan langganan khidmat, namun kekal diimbangi dengan peningkatan pada hasil pengiklanan serta pendapatan perlesenan operasi. 

Selain perolehan hasil pengiklanan kekal membrangsangkan, tindakan Astro untuk keluar daripada segmen perniagan beli-belah rumah dilihat turut membuka peluang kepada operasi meneroka pelaburan pada segmen baharu. Setakat ini, Astro dijangka terus memacu akses penstrimannya seiring dengan permintaan semasa dalam menguntungkan semula operasi. 

Walaupun kekal optimis, Astro terus mengorak langkah berjaga akan risiko pasaran semasa. Buat masa ini, operasi akan terus menerapkan displin yang tinggi pada perbelanjaan kumpulan, bagi memastikan perancangan pemulihan operasi mereka dapat dicapai menjelang 2024.