Berikutan kes COVID-19 di negara ketika ini semakin meningkat, dijangka dalam tempoh terdekat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan baharu berhubung pengambilan suntikan dos penggalak ketiga COVID-19.
Aturan ini menurut KKM pada sidang Perhimpunan Bulanan KKM adalah sebahagian langkah untuk negara tingkatkan perlindungan penduduk secara berkala. Setakat ini difaham inisiatif itu akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko seperti warga emas, kumpulan komorbiditi.
Setakat ini difahamkan sekiranya agenda itu dilaksanakan kelak – bekalan vaksin negara kekal mencukupi dan meskipun negara berdepan peningkatan kes kepada 12,757 kes COVID-19 mengikut data 9 Disember lalu – namun keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Sehubungan itu, semua pihak diminta bersedia akan sebarang makluman kelak dan dinasihatkan untuk mengamalkan pemakaian pelitup muka khususnya di lokasi melibatkan ramai orang awam