Untuk memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dapat direalisasikan dengan baik, empat jawatankuasa kerja akan ditubuhkan negara. Ini meliputi sokongan pembangunan dasar libatkan panduan kenaikan gaji, kawal selia pemberian insentif serta bahagian pengauditan.
Menurut Kementerian Ekonomi pada sesi pengulungan RUU Pembekalan 2024 Dewan Negara semalam, aturan dasar gaji ini akan didahulukan bersama 1,000 syarikat terpilih dengan peruntukan tidak lebihi RM30 juta.
Bersama peruntukan serta sokongan jawatankuasa kerja, ini akan membantu negara melaksanakan semakan yang lebih baik ke atas kenaikan gaji pekerja mengikut pasaran semasa dan perubahan tekanan kos sara hidup.
Lebih terperinci, bagi peringkat awal dasar ini akan tertumpu ke atas kumpulan pekerja meraih gaji di bawah RM5,000 secara bulanan. Susulan kekangan itu, setelah melaksanakan ujian rintis ini – penilaian pada September 2024 kelak akan dilaksanakan pentadbiran untuk memahami cabaran pasaran kerja semasa.