Kurang daripada 2 minggu sahaja, kini lebih 100,000 pengguna telah berdaftar bersama GXBank sejak bank digital yang diterajui Grab itu dilancarkan pada akhir November lalu.
Perkongsian GXBank ini secara langsung memperlihatkan sokongan pengguna negara terus positif dalam memanfaatkan akses bank digital di pasaran negara. Melalui GXBank, pengguna boleh meraih pelbagai kemudahan tidak hanya menggalakan transaksi nirtunai, bahkan amalan menabung menggunakan ciri Pockets juga tersedia buat persediaan pengguna.
Selain itu, akses pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran dana juga turut disediakan menerusi GXBank buat pengguna, di samping dapat menikmati perolehan mata GrabRewards sekiranya pengguna berbelanja di segmen runcit merekadi Jaya Grocer.
Malah medium ini turut menyediakan kemudahan memantau aliran perbelanjaan. Adanya sokongan itu, ia membantu pengguna untuk lebih memahami akan tabiat berbelanja secara harian mahupun bulanan.
Bagaimanapun, pengguna perlu jelas akan penyertaan bersama GXBank, ini kerana penerapan lesen bank digital ini adalah tertakluk di bawah lesen tidak tertakluk akan pematuhan syariah kerana perolehan lesen adalah di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) BNM dan bkan di bawah lesen Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) BNM. Maka ia jelas tidak mematuhi sebarang piawaian pematuhan syariah.
Susulan itu, untuk ketahui lanjut para pengguna bolehlah merujuk pada laman rasmi GXBank atau boleh memuat turun aplikasi ini di peranti pintar anda bagi merasai sendiri kemudahan yang tersedia di bawah bank digital GXBank.