Artikel

Perdagangan Global Dijangka Terus Perlahan – Menguncup 5% Bagi 2023

Perdagangan global dijangka terus bergerak perlahan pada tahun ini, dan terdapat potensi penguncupan sekitar 5% berlaku pada rekod 2023 berbanding tahun lalu.

Keadaan ini menurut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) didorong kesan penurunan ketara pada perdagangan sektor barangan – yang dijangka menurun 8% iaitu hampir $2 trilion. Malah prestasi eksport yang kurang baik dari negara membangun juga turut menjadi aspek penguncupan.

Tidak hanya itu prestasi yang lebih perlahan ini turut dipengaruhi kesan permintaan yang lebih rendah dalam kalangan negara maju, diikuti prestasi ekonomi Asia Timur yang terjejas serta berlakunya penurunan harga komoditi.

Jangkaan ini secara menyeluruh berupaya menilaikan perdagangan tahun ini lebih rendah dengan $30.7 trilion, sementara perdagangan global menjelang 2024 pula kekal tidak menentu – meskipun miliki potensi untuk meningkat namun persekitaran geopolitik semasa bersama tahap hutang yang lebih tinggi diperhatikan akan kekal membantutkan perkembangan ekonomi dunia.