Untuk perluaskan lagi jejak pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, kini Halal Development Corp (HDC) bersama SOLV Malaysia mengatur langkah strategik dengan menawarkan akses dana industri halal menerusi Platform Bersepadu Halal (HIP).
Aturan ini melibatkan kesepakatan dana industri halal RM2.67 bilion yang dicapai melalui 5 bank pada Persidangan Perniagaan Halal Sedunia 2023 lalu.
Maka adanya komitmen ini, dana sokongan tersebut berupaya membantu warga PKS negara meneroka lebih banyak peluang pada pertumbuhan pasaran semasa. Usaha ini tidak sekadar memacu arena halal negara tetapi meningkatkan penyelesaian e-dagang serta akses pembiayaan kewangan yang lebih mudah kepada peniaga negara.
Lebih membrangsangkan, aturan ini turut akan menggalakan proses pembiayaan antara PKS dan pembekal sektor ekonomi serta membuka ruang buat warga PKS yang tidak diberi perhatian dalam perkhidmatan kewangan tempatan.
Kemudahan itu sekaligus jadi manfaat buat PKS untuk membentuk profil kredit yang lebih kukuh dan membantu operasi mereka lebih relevan dalam meneroka peluang ekonomi di pasaran industri halal secara berperingkat.