Artikel

KWSP Akan Umum CEO Baharu, Dalam Masa Terdekat

Rentetan lantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selaku Menteri Kewangan II yang mula berkuat kuasa hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan akan mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam tempoh terdekat

KWSP pada notis terkini memaklumkan pihaknya menzahirkan penghargaan kepada DS Amir Hamzah akan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat selaku CEO KWSP. Tidak hanya komitmen, kemahiran beliau telah berjaya meningkatkan pertumbuhan KWSP ke arah lebih baik khususnya tatkala berdepan kesan krisis COVID-19 sebelum ini. 

Buat pengetahuan umum, DS Amir Hamzah telahpun berkhidmata selama 2 tahun 10 bulan pada operasi KWSP sejak Mac 2021 lagi. Sebelum itu, beliau turut pernah berkhidmat selaku Presiden dan CEO di operasi Tenaga Nasional Berhad selama 2 tahun. 

Maka pada kredibiliti tersebut, KWSP menjangkakan penglibatan beliau pada pentadbiran negara berupaya membantu pembangunan ekonomi Malaysia menjadi lebih mampan. Berhubung lantikan baharu, aturan tersebut akan dikemaskini KWSP dari semasa ke semasa kelak kepada umum.