Hari ini (12 Disember) Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan langkah rombakan Kabinet negara bagi pentadbiran Malaysia.
Antara ahli jemaah yang menarik perhatian ramai adalah lantikan Ketua Pengawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah selaku Menteri Kewangan II negara.
Buat pengetahuan umum, pagi ini DS Amir telahpun laksana sesi angkat sumpah selaku Senator Negara di Dewan Negara.
Melalui pengumuman tersebut ia secara langsung akan memantapkan lagi pengurusan Kementerian Kewangan (MOF) negara secara berperingkat.
Selanjutnya beliau yang juga memiliki latarbelakang pendidikan Ijazaha Sarjana Muda dalam Pengurusan, pngkhususan Kewangan dan Ekonomi di Universiti Syracuse, New York diperhatikan memiliki pengalaman yang tinggi dalam arena ekonomi negara.
Antaranya selain KWSP, DS Amir turut pernah memikul peranan selaku CEO Tenaga Nasional Berhad sejak tahun 2019 sebelum menyertai KWSP. Tidak hanya itu beliau turut miliki peranan lebih 27 tahun merangkumi dalam pimpinan Shell, MISC Berhad, Petronas Dagangan serta beberapa skop korporat lain.