Artikel

Dr Dzulkefly Kembali Kabinet – Selaku Menteri Kesihatan Negara

Antara nama jemaah Menteri yang menggamit perhatian pastinya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad iaitu lantikan baharu selaku Menteri Kesihatan (KKM), yang baharu sahaja diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Sekembalinya Dr. Dzul pada arena pentadbiran negara sememangnya akan menjadi perhatian dan miliki jangkaan tertentu khususnya dalam meningkatkan semula kualiti sektor kesihatan negara. Buat pengetahuan umum, sebelum ini Dr. Dzul telahpun memegang peranan selaku Menteri Kesihatan (KKM) sejak Mei 2018 sehingga 24 Februari 2020.

Berdasarkan pengalaman, beliau menjadi Menteri Kesihatan pertama yang mengendalikan fasa awal ketika berlakunya penularan wabak COVID-19 di negara. Menerusi lantikan baharu ini, beliau akan memikul semula peranan tersebut menggantikan mantan Menteri KKM Dr. Zaliha Mustafa.

Pada lantikan itu, dimaklumkan aturcara rasmi Angkat Sumpah akan dilaksanakan di Istana Negara pada jam 3 petang ini.