Artikel

PM Anwar Rombak Kabinet – Ini Senarai Menteri Baharu

Setelah berteka-teki, pentadbiran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media khas jam 11 pagi ini telah memecah persoalan rakyat negara apabila mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan beberapa Menteri baharu serta peralihan portfolio di kabinet Malaysia. 

Ini antara senarai Menteri Baharu yang diumumkan sebentar tadi:

  • Menteri Kewangan II – Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
  • Menteri Digital – Gobind Singh Deo, kementerian ini adalah pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital bersama portfolio YB Fahmi Fadzil
  • Menteri Kesihatan – Dr Dzulkefly Ahmad
  • Menteri Sumber Manusia – Steven Sim
  • Menteri Perladangan & Komoditi – Datuk Seri Johari Abdul Ghani 
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Datuk Armizan Mohd Ali
  • Menteri Wilayah Persekutuan – Dr. Zaliha Mustafa
  • Menteri Pertahanan – Datuk Seri Khalid Nordin
  • Menteri Pendidikan Tinggi –  Datuk Sri Zambry Khadir
  • Menteri Luar Negeri – Dato’ Sero Mohamad Hasan
  • Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam – Nik Nazmi, ini adalah pecahan daripada NRECC
  • Menteri Komunikasi – Fahmi Fadzil

Menerusi aturan itu, ini menjadikan jumlah keseluruhan kabinet Malaysia melibatkan 31 Menteri bersama 29 Timbalan Menteri. Ia selakigus merangkumkan jumlah barisan Kabinet kepada seramai 70 jemaah.

Selain perubahan dan penambahan kedudukan Menteri ini, terdapat juga cadangan untuk mengembalikan semula taraf Jabatan Wilayah Persekutuan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan – bagaimanapun aturan ini masih tidak diketahui lanjut. Namun dapat diperhatikan YB Dr. Zaliha Mustafa telah dilantik selaku Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) pada senarai kabinet baharu. 

Secara menyeluruh buat pengetahuan umum, senarai baharu Kabinet ini akan lalui aturcara istiadat Angkat Sumpah Menteri yang dijangka berlangsung pada jam 3 petang ini di Istana Negara.