Artikel

Tan Sri Chen Lip Keong, Individu Ke-7 Terkaya Di Malaysia – Meninggal Dunia Di Usia 76 Tahun

Tan Sri Dr Chen Lip Keong, selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kanan NagaCorp kini dimaklumkan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 8 Disember 2023 lalu – berikutan berdepan isu kesihatan.

Mendiang yang juga merupakan individu ke-7 terkaya di Malaysia, sememangnya dikenali sebagai tokoh korporat yang cukup berpengalaman dalam arena keusahawan tempatan dan antarabangsa selama lebih 28 tahun.

Berikutan isu pemergian ini, dimaklumkan anak lelaki mendiang Chen Yiy Fon dilantik memegang peranan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Kumpulan mulai 10 Disember semalam.

Buat pengetahuan umum, Tan Sri Chen Lip Keong adalah individu ke-7 terkaya di Malaysia bagi tahun ini, dengan nilai kekayaannya mencapai $2.8 bilion – setakat akhir Mei 2023.