Jika tahun lalu negara berdepan kerugian sekitar RM771.1 juta melibatkan kes penipuan atas talian, tahun ini angka tersebut dilihat lebih tinggi dengan lonjakan 37.5% bersama ketirisan RM1.32 bilion setakat November 2023.
Jumlah itu bersamaan sebanyak 32,462 kes penipuan atas talian telah direkodkan negara.
Situasi ini menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Whoscall, penyedia semakan panggilan scam didorong hasil gejala penipuan atas talian yang semakin rancak pada persekitaran negara. Berlandaskan tinjauan Scam Asia 2023 didapati saluran penipuan atas talian Malaysia meliputi 82.7% adalah panggilan telefon, diikuti SMS (51.5%) dan aplikasi mesej (42.9%).
Ini sekaligus menjadikan Malaysia antara 3 negara terendah kalangan 11 negara Asean yang lain berhubung ketidakupayaan mengenalpasti penipuan atas talian.
Menyedari keruncingan itu, PDRM bersama Whoscall kini mengumumkan pemberian 1 juta akaun Whoscall Premium kepada pengguna untuk membanteras gejala penipuan atas talian. Menerusi penawaran ini, pengguna antaranya akan mengetahui ID Pemanggil, dapat menyekat Panggilan Spam secara automatik, memiliki akses pengimbas url pautan serta ketahui ID Whatsapp Pemanggil.
Adanya akses sedemikian, ia dilihat berupaya membantu Malaysia melandaikan nilai kerugiaan yang semakin tinggi pada isu terbabit. Sepanjang 11 bulan ini sahaja, sekitar 41% panggilan telah berjaya disekat oleh pengguna Whoscall berdasarkan data yang disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komesrsial (JSK) – ia sekaligus mendorong penurunan 50$ kadar menjawab panggilan scam, hasil dari perkongsian data terbabit.
Maka sekiranya pengguna ini meraih manfaat PDRM dan Whoscall ini, pengguna boleh menebus Whoscall Premium ini sehingga 31 Mac 2024 kelak bersama kod promo PDRMLawanScams di pautan rasmi Whoscall. Difahamkan akaun tersebut boleh digunakan selama setahun dan hanya terhad kepada 1 juta akaun penebusan sahaja.