Artikel

PayNet Perkenal MY TouristPay – Mudahkan Pelancong Berbelanja Bersama Lebih 1.9 Juta Peniaga DuitNow QR

Seiring dengan langkah memacukan ekonomi digital di negara – Payments Network Malaysia (PayNet) kini melancarkan aplikasi MY TouristPay, memudahkan para pelancong ke negara untuk nikmati akses nirtunai ketika berbelanja di Malaysia. 

Menerusi usaha ini, ia sekaligus tidak hanya merancakkan ekosistem ekonomi negara bahkan turut dapat memajukan segmen ekonomi digital di kawasan ekonomi-pelancongan – antaranya seperti di Pulau Langkawi. 

PayNet melihat usaha ini akan membantu pelancong perolehi akses perbelanjaan yang lebih cekap bersama lebih 1.9 juta pedagang DuitNow QR di seluruh negara melalui MY TouristPay. ini sekaligus membantu Malaysia meningkatkan lagi aliran jualan negara khususnya kalangan PKS secara nirtunai. 

Selain menampilkan akses transaksi yang lebih mudah, aplikasi turut membolehkan pelancong meraih cadangan  kawasan pelancongan di negara. Ciri ini akan menggalakkan lagi lebih ramai pelancong ketahui arena pelancongan negara berdekatan mereka.