Selangor terus memaparkan prestasi ekonomi yang mengukuh, apabila setakat awal Disember 2023 ini pihak negeri berjaya meraih kutipan hasil berjumlah RM2.571 bilion – melonjak 128% lebihi sasaran RM2 bilion yang ditetapkan pada tahun ini.
Berdasarkan prestasi tahun lalu juga, Selangor turut tampil selaku negeri penyumbang lebih satu perempat kepada KDNK Malaysia. Di mana terdapat peningkatkan prestasi ekonomi kepada 25.5%.
Persekitaran ini menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan disokong pada tumpuan ekonomi baharu negeri pada 2024. Menerusi beberapa pembangunan ekonomi seperti Dron Selangor dan Hab Kecerdasan Buatan (AI) Selangor kelak.
Selain itu, Selangor juga kelak akan memulakan proses Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama dan menggariskan beberapa inisiatif ekonomi kelak kepada umum.