Artikel

Maybank Seru Pengguna Kemas-Kini Data, Bantu Tingkatkan Pengalaman Perbankan

Untuk memastikan pengalaman perbankan terus dinikmati semua pihak, Maybank kini memberi peringatan kepada semua pengguna mereka untuk mengemas-kini maklumat profil sekiranya terdapat perubahan pada data berkenaan

Aturan itu meliputi status pekerjaan dan maklumat majikan, alamat serta nombor telefon

Saranan ini mengikut notis Maybank adalah memenuhi keperluan perundangan, mengenalpasti aidentiti bagi pengesahan akaun dan transaksi serta penilaian penawaran produk mahupun perkhidmatan kepada pengguna

Maka dengan pendekatan tersebut, ia tidak hanya membantu Maybank lebih memahami nilai pengguna mereka bahkan memacu lagi tahap kesleamatan pengguna melibatkan perlindungan data. 

Bagi tindakan lanjut,  pengguna boleh merujuk pada cawangan berdekatan atau hubung khidmat pelanggan jika terdapat perubahan maklumat.