Artikel

Malaysia Sasar Kadar Pengangguran Capai 3% – Pada Tahun Hadapan

Sekiranya tahun ini, memperlihatkan kadar pengangguran kekal di paras 3.4% dengan penurunan berturutan – pentadbiran negara optimis dinamik tersebut dapat dicapai 3% menjelang tahun 2024, hasil perluasan pekerjaan dan kemasukan peluang pelaburan ekonomi baharu di negara kelak

Menerusi peratusan tersebut, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan ia sekaligus menunjukkan negara akan mencapai kadar penggunaan guna tenaga penuh dalam konteks ekonomi sesebuah negara.

Bagi merealisasikan matlamat itu, usaha berterusan akan dilanjutkan tertumpu pada penawaran tenaga kalangan belia dan siswazah Malaysia. Khususnya melibatkan skop profesional. Selain itu tumpuan menggubal dasar melibatkan pekerja ekonomi gig juga kini sedang disemak.

KSM melihat pendekatan itu wajar untuk terapkan garis panduan yang konsisten sebelum negara bertindak mewujudkan akta khas bagi membela aspek pendapatan dan keselamatan sosial kumpulan pekerja ini. 

Setakat ini difahamkan tiada undang-undang khusus yang menjamin perlindungan sepenuhnya ke atas lebih 1.1 juta pekerja gig ekonomi di Malaysia.