Artikel

Shell Malaysia Rancang Buka 70 Cawangan Shell Cafe – Pada 2024

Menyedari permintaan rangkaian kafe terus berkembang di pasaran Malaysia, Shell kelak merancang melancarkan sejumlah Shell Cafe di seluruh negara – tidak hanya di Semenanjung bahkan di Sabah dan Sarawak.

Pada langkah itu, Shell Malaysia merancang miliki 150 cawangan Shell Cafe baharu menjelang akhir 2024 kelak dengan 80 cawangan dicapai pada akhir 2023, diikuti 70 cawangan lagi dibuka pada tahun 2024

Buat masa ini, perluasan rantaian kafe tersebut hanya akan tersedia di cawangan stesen minyaknya sahaja. Pihak Shell Malaysia masih meneliti cadangan untuk perluaskan rantaian tersebut di luar stesen minyak mereka. Aturan itu akan dilaksana sekiranya terdapat keperluan pengguna berdasarkan perkembangan operasi mereka.