Sejajar dengan pekembangan teknologi dalam industri automotif – MARiiCas, skim galakan penggunaan motosikal elektrik kalangan rakyat Malaysia kini secara rasminya dilancarkan. Inisiatif skim di bawah Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) ini untuk makluman menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat negara bagi berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
Menerusi penerapan skim ini, ia tidak hanya merancakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di pasaran domestik bahkan turut merealisasikan agenda kelestarian Malaysia dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.
Mengikut perincian MITI, pemohon kini boleh menyemak kelayakan serta maklumat berkaitan model motosikal elektrik yang digariskan pada skim MARiiCas tersebut. Maka untuk langkah itu, semua pemohon kini boleh layari insentif.marii.my MARiiCas bagi penjelasan lanjut.