Bermula tahun hadapan, kerajaan Malaysia bertindak meningkatkan tumpuan dalam melandaikan tahap kebergantungan ekonomi negara kepada pekerja asing.
Fokus itu menurut Kementerian Ekonomi adalah selari dengan gagasan negara, dalam melaksanakan Dasar Gaji Progresif pada tempoh yang sama. Namun pihak pentadbiran kekal akui, pelaksanaan tersebut akan memakan masa dan memerlukan sistem sokongan tambahan khususnya kalangan kumpulan majikan bagi merealisasikan matlamat ini.
Dengan makluman ini, ia akan menjadi petunjuk awal buat kumpulan majikan negara untuk bersedia bersama membantu mereformasikan sektor pekerja di Malaysia – dengan peralihan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.
Buat masa ini, segala penekanan itu akan didasari berasakan penilaian dan data kajian kelak. Usaha itu akan membantu Malaysia mengenalpasti risiko dan meminimumkan cabaran negara untuk tingkatkan jumlah pekerja tempatan dalam setiap sektor ekonomi.