Artikel

Harga Runcit Minyak Masak Botol Masih Kekal – KPDN

Negara terus menampung subsidi dalam memastikan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen berbotol di pasaran kekal pada harga semasa. Setakat ini, pelarasan harga minyak masak botol kekal untuk 1kg (RM6.90), 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).

Penguatkuasaan pengekalan harga itu akan kekal bermula hari ini, sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Langkah ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah tindak-balas untuk meringankan tekanan kenaikan harga semasa, di samping membantu penduduk meraih akses kos sara hidup yang lebih rendah.

Maka, semua pihak perlulah mengikuti pelarasan yang ditetapkan dan jika didapati melanggar aturan di bawah Akta Kawalan Harga serta Antipencatutan 2011 ini – semua pihak boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebihi 3 tahun. Sementara syarikat pula boleh berdepan denda sehingga RM500,000.