Artikel

Malaysia Sasar Miliki 10,000 Usahawan Ekonomi Digital – Menjelang 2024

Mulai tahun hadapan, Malaysia bermatlamat memiliki sekitar 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh negara. Ia sekaligus senada dengan usaha negara untuk memacu arena e-dagang tempatan secara berperingkat. 

Bersama inisiatif di bawah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini, pentadbiran melihat usaha itu akan meluaskan lagi aspek kemahiran digital bersama pemain ekonomi negara. Usaha ini turut akan membantu penduduk menjana pendapatan setempat tanpa perlu laksana penghijrahan. 

Setakat ini prestasi e-dagang negara terus membrangsangkan menurut data DOSM apabila telah meningkat RM861.9 bilion sepanjang 9 bulan pertama 2023. Berdasarkan perincian pada pasaran tempatan, sektor pembuatan menyumbang 53%, diikuti perkhidmatan (43%).

Manakala berdasarkan prestasi mengikut negeri pada skop ini, Selangor kekal merekodkan pendapatan transaksi e-dagang tertinggi dengan RM341.4 billion, diikuti Kuala Lumpur (RM239.2 bilion) dan Pulau Pinang (RM89.4 bilion).