Artikel

Lebih 1.4 Juta Pencarum KWSP Akan Perolehi Tambahan Caruman RM500 – Sebelum Akhir 2023

Seperti yang dimaklumkan, pada peruntukan tahun ini kerajaan telah bersetuju untuk menambah RM500 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada ahli yang berusia 40 tahun sehingga 54 tahun yang miliki simpanan kurang RM10,000 pada Akaun 1 mereka. 

Aturan itu adalah sebahagian usaha negara, untuk mengimbangi kesan pengeluaran yang dilaksana pencarum ketika berlakunya krisis pandemik COVID-19 sebelum ini.

Maka berdasarkan kenyataan semasa pada sesi lisan Dewan Negara minggu ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan sejumlah RM709 juta akan disalurkan kepada KWSP untuk memanfaatkan kepada lebih 1.4 juta pencarum KWSP. Dimaklumkan urusan berkaitan pembayaran bersama KWSP akan dilaksanakan sebelum akhir tahun 2023 ini.

Petikan jawapan lisan, Dewan Negara (6 Dis 2023)