Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor kini menitahkan masjid dan surau di seluruh negeri untuk menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Beraudit, bagi tindakan semakan lanjut.
Langkah itu menerusi Majlis Agama Islam Selangor adalah bertujuan memastikan institusi terlibat lalui proses pengurusan serta tatakelola yang tepat. Bagi memastikan tiada isu ketirisan, penlewengan serta slaah guna kuasa berbangkit.
Adanya sistem pengurusan kewangan yang baik, ia sekaligus meningkatkan tahap integriti, keyakinan masyarakat beragama Islam dalam memberi sumbangan dan infaq pada komuniti Islam negara.
Buat pengetahuan perkongsian ini telah dimakluman pada hari ini, seiring pelancaran Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan Dan Aset Masjid Dan Surau Negeri Selangor Tahun 2023 yang telah diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menerusi pelancaran itu, Sultan Selangor menzahirkan garis panduan sedemikian adalah bersesuaian dengan keperluan semasa dan disusun dengan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan tahap tatakelola dan tadbir urus yang cekap melibatkan pentadbir masjid serta surau di negeri.