Skim galakan rakyat guna motosikal elektrik atau MARIICas dimaklumkan akan mula dilancarkan pada 8 Disember ini – menerusi insiati tersebut ia membolehkan rakyat negara untuk meraih penawaran rebat sehingga RM2,400.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) skim tersebut dibuka buat rakyat berpendapatan tahunan sekitar RM120,000 ke bawah, di bawah ia selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Pelaksanaan skim yang dikenali MARIICas ini di bawah MARii – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia ini akan bertindak selaku pihak yang menawarkan perolehan rebat atau geran tunai kepada pengguna yang berkelayakan.
Adanya sokongan inisiatif ini, ia akan membantu negara perkasakan infrastruktur arena EV dengan menyasarkan pembangunan 10,000 tempat pengecasan menjelang 2025 kelak. Di samping itu turut membantu negara mencapai status 38% kapasiti pengguna EV di lebuhraya menjelang 2040 kelak.