Artikel

Syarikat Induk Muslim Pro Raih $20 Juta – Pada Pusingan Pelaburan Siri A Diterajui Gobi Partners

Bitsmedia, syarikat induk disebalik Muslim Pro kini telah berjaya mengumpul sejumlah $20 juta pada pusingan pembiayaan Siri A yang diketuai Gobi Partners, firma modal teroka Asia selain turut meraih sokongan daripada pelabur semasa iaitu CMIA Capital Partners dan Bintang Capital Partners. 

Menerusi perolehan terrsebut, ini akan membantu operasi memperkasakan lagi sokongan modal dalam penerapan Kecerdasan Buatan (AI) pada penawaran kandungann digital mereka. Antaranya melibatkan platform penstriman Qalbox, ciri pembelajaran serta pengalaman pengguna pada aplikasi Muslim Pro. 

Malah, Bitsmedia turut berhasrat meluaskan lagi jejak khidmat mereka pada pasaran AS, UK, Indonesia serta Malaysia. 

Penyertaan Gobi Partners bersama Bitsmedia dilihat selari dengan segmen pelaburan mereka di bawah TaqwaTech, yang mana bertindak menyokong pertumbuhan inovasi melibatkan keperluan pengguna, perniagaan dan komuniti Muslim di seluruh dunia. Adanya usaha kebersamaan inii ia akan membantu meningkatkan lagi keperluan digital dalam komuniti Muslim. 

Secara menyeluruh, setakat ini lebih 150 juta muat-turut aplikasi Muslim Pro telah dicatatkan Bitsmedia sepanjang penawaran khidmat mereka di seluruh dunia.